Polis Siasat Justin Bieber Atas Dakwaan Curi Telefon Bimbit

Los Angeles – Justin Bieber tidak habis-habis dilanda kontroversi.

Tahun ini sahaja, ikon pop Kanada muda ini banyak menghadapi tuduhan seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Miami, tuduhan serangan di Toronto, vandalisme di Los Angeles dan dakwaan atas mengganggu anak kapal di atas kapal penerbangan sewa khas dari Kanada ke New Jersey – dan yang terbaru ialah dakwaan cubaan merompak.

Terbaharu TMZ melaporkan bahawa Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) sedang menjalankan siasatan berikutan laporan seorang wanita dari San Fernando Valley yang mendakwa bahawa Bieber merampas telefon bimbitnya.

Menurut laman web itu, wanita itu berkata, Bieber dan ‘ahli rombongannya’ tiba-tiba bertengkar apabila sedang berhibur di kompleks golf mini dan sangkar bermain besbal di Sherman Oaks pada Isnin.

Bieber dikatakan ternampak wanita itu mencapai telefonnya dan mengambil foto kejadian. Sejurus itu juga, Bieber menuntut wanita itu menyerahkan telefonnya supaya dia boleh memadam mana-mana gambar yang mungkin diambil oleh wanita itu.

Akibat enggan menyerahkan telefon bimbitnya, wanita itu bergelut dengan Bieber sebelum merampas telefon bimbit dari dalam beg tangan wanita itu.

Walau bagaimanapun, wanita itu menambah, Bieber memberikan telefon kembali selepas dia membuktikan kepadanya dengan menunjukkan tiada apa-apa gambar yang berkenaan dalam telefonnya.

LAPD memberitahu TMZ bahawa wanita itu memfailkan aduan pada malam Selasa untuk memastikan jika sebarang perbuatan jenayah telah berlaku ke atas dirinya oleh penyanyi hit “Baby” itu.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/justin-bieber-disiasat-polis-atas-dakwaan-mencuri-telefon-bimbit-35804?cp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.