Pelumba Siri Super Malaysia Maut Nahas Di Litar Antarabangsa Sepang

SEPANG – Seorang pelumba Siri Super Malaysia, Amaludin Abd. Rahman meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan ketika sesi latihan bagi pusingan pertama Siri Super Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang petang hari ini.

Amaludin, 42, mengambil bahagian sebagai pelumba baharu di bawah kategori Super Stok B.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang apabila Amaludin dikatakan gagal mengawal motosikal ditunggangnya di selekoh ke-15 lalu merempuh tayar yang digunakan sebagai pembahagi jalan.

Pasukan perubatan segera digerakkan ke tempat kejadian untuk memberi rawatan kecemasan. Namun, Amaludin disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Satu laporan polis telah difailkan dan pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas kejadian itu.

Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan mereka. – KOSMO!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.