Pangkalan Tentera Udara Thai Diserbu Antikerajaan

BANGKOK – THAILAND. Ribuan penyokong antikerajaan, semalam menyerbu Akademi Tentera Udara Diraja Thailand dalam insiden protes terbaru untuk menggesa pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Perdana Menteri sementara Niwattumrong Boonsongpaisan meletak jawatan.

Menurut Agensi, Pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokrasi Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban berkata, mereka ke kem itu adalah untuk berbincang.

“Saya mahu berunding tetapi pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Niwattumrong melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, di ibu negara Thailand kekecohan tercetus selepas sekumpulan lelaki bersenjata menaiki trak pikap melepaskan tembakan rambang ke arah kem penyokong antikerajaan berhampiran Monumen Demokrasi.

Pusat Kecemasan Erawan memaklumkan, dua pengawal dan seorang penyokong wanita maut manakala 18 lagi cedera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.