Ops Latin:Lima Warga Asing Ditahan

SHAH ALAM – Lima warga asing termasuk dua wanita Thailand ditahan dalam satu serbuan Ops Latin di sebuah apartmen di Taman Putri Cheras, Kajang dekat sini malam semalam.

Dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, polis turut menemui pelbagai barangan termasuk televisyen, komputer riba, beg tangan wanita, kamera digital dan pelbagai mata wang asing disyaki hasil kegiatan pecah rumah bernilai kira-kira RM60,000.

Turut ditemui adalah pelbagai peralatan yang digunakan untuk melakukan kegiatan itu termasuk kuku kambing, alat pengumpil, playar dan sebagainya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya membentuk satu pasukan khas untuk mengintip pergerakan suspek berusia antara 26 hingga 42 tahun itu sebaik menerima maklumat orang ramai hasil laporan kegiatan pecah rumah yang dilaporkan di Bukit Jelutong, di sini dua minggu lalu. – KOSMO!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.