Kanak-Kanak 5 Tahun Rentung,Datuk Dan Sepupu Melecur Dalam Kebakaran

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung manakala datuk dan sepupunya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) melecur selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran di sini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini, kejadian berlaku di Jalan Tuaran Bypass, Kampung Inanam Laut Kalansanan dekat sini pukul 11.26 pagi.

Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di tempat kejadian empat minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 11.51 pagi.

Lelaki berumur 60-tahun itu melecur di tapak tangan, tapak kaki dan bahagian belakang manakala kanak-kanak perempuan OKU berumur enam tahun pula melecur di bahagian muka.

Punca kejadian sedang siasat dan mayat kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, dua mangsa lain dihantar ke Hospital Likas dekat sini untuk menerima rawatan. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.