Floria Putrajaya 2014 Kembali Lagi

PUTRAJAYA – Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya 2014) yang akan berlangsung selama sembilan hari mulai 14 hingga 22 Jun ini di Pesisiran Tasik, Presint 4 bakal menjanjikan pengalaman yang indah kepada para pengunjung dalam dan luar negara.

Floria Putrajaya 2014 yang bertemakan pesona warna bakal mempamerkan lebih daripada 400,000 spesies bunga dan tumbuhan yang disusun atur di dalam  taman yang direka khas yang lebih luas.

Kali ini, Bunga Begonia atau asam batu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika dipilih sebagai bunga tema festival Floria Putrajaya 2014.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tiga pertandingan berprestij bakal diperkenalkan di Flora Putrajaya ini antaranya Putrajaya Pavillion Challenge Cup, pertandingan pokok bunga Orkid dan Floria Putrajaya Garden Challenge.

“Floria Putrajaya Pavillion Challenge Cup merupakan satu pertandingan yang mencabar kepada penggubah bunga profesional.

“Manakala pertandingan pokok orkid pula akan memberi pengiktirafan kepada pokok pokok hybrid orkid yang terbaik dengan bentuk, warna dan bunga dari jenis yang terbaik di Malaysia dan Asia,” katanya ketika pelancaran Festival Floria Putrajaya 2014 di sini, semalam.

Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

Tambah Adnan, bagi pertandingan Floria Putrajaya Garden Challenge Cup pula merupakan pengiktirafan kepada mana-mana agensi yang mempamerkan reka bentuk taman yang terbaik sepanjang festival ini berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.