Feri Karam Di Dhaka, 200 Dikhuatiri Maut

DHAKA: Seramai 200 orang dikhuatiri mati lemas selepas sebuah feri yang menjadi pengangkutan utama penduduk karam di Sungai Meghna pada Khamis.

Pihak berkuasa berkata, kejadian berlaku di Daerah  Munshiganj, selatan Dhaka  selepas berlaku angin kencang.

feri

Menurutnya, setakat ini beberapa mayat telah berjaya ditemui namun jumlah kematian dijangka meninggkat.

“Pihak berkuasa kini sedang menjalankan usaha mencari mayat dan jumlah kematian akan diumumkan kemudian,” katanya.

feri2

Kematian melibatkan ratusan nyawa di Bangladesh akibat kemalangan feri merupakan perkara biasa di negara itu.

Setiap tahun kemalangan feri yang mengorbankan ratusan nyawa berlaku di negara itu dan terdapat mayat yang tidak dipungut serta dibiarkan reput di lautan.mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.