Dua Biarawati Diserang: Polis Tolak Motif Jenayah Benci

SEREMBAN: Serangan terhadap dua biarawati di dalam kawasan Gereja Visitation dekat sini bukan satu jenayah benci, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Osman berkata, berdasarkan siasatan awal, polis turut menolak jenayah benci sebagai motif serangan itu.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa rompakan.

Kedua-dua biarawati itu diserang tanpa belas kasihan menggunakan topi keledar dan dirompak di perkarangan Gereja Visitation sebelum subuh pada Rabu, di mana mereka hanya mempunyai beberapa ringgit ketika kejadian.

Sister Julianna Lim, 69 yang kini bertarung nyawa berada dalam keadaan koma mempunyai kurang daripada RM10 manakala Sister Marie Rose/Theresa Teng, 79, mempunyai beberapa ringgit, dalam beg tangan kecil mereka ketika diserang oleh seorang suspek yang memakai topi keledar bertutup muka penuh.

Kedua-dua mereka juga membawa beberapa bahan keagamaan seperti tasbih, buku-buku doa dan naskah Bible ketika mereka diserang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.