Bekas Pengurus JDT II Digantung 20 Tahun Daripada Aktiviti Bola Sepak

PETALING JAYA – Bekas pengurus Johor Darul Takzim II (JDT II), On Jabbar dikenakan hukuman gantung selama 20 tahun daripada sebarang akitiviti bola sepak dan denda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas mengaku bersalah mengasari pengadil pada aksi Liga Perdana, 19 April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, keputusan dibuat selepas mempertimbangkan rayuan On.image

Selain itu, kami juga melihat semula video perlawanan antara JDT II dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FA, di sini hari ini.

“Kita telah bincangkan perkara ini dengan begitu panjang lebar dan mengambil kira rayuan On dan kita memandang kesalahan berkenaan adalah satu perkara yang serius,” katanya.

Dalam kejadian itu, On didakwa menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan yang berkesudahan seri 2-2. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.