Saya tak peduli kritikan – Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak ambil kisah dengan kritikan yang diterimanya berhubung kenyataan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimon Tuan Mat.

Menurut Mohamed Nazri, kenyataan yang dibuat itu bukan bermaksud beliau memusuhi Tengku Maimon sebaliknya mempertikai tindakan menyentuh isu tersebut dalam ucapan di luar negara.

Hujah beliau, perkara tersebut walaupun hanya satu perenggan dalam ucapan Tengku Maimon tetap memberi kesan besar terhadap negara.

“Saya tak peduli dengan kritikan. Saya kritik cara Tengku Maimon menyentuh perkara berkenaan dalam ucapan di luar negara.

“Ada yang kata saya ambil luar konteks ucapan Tengku Maimon kerana ia hanya satu perenggan menyentuh isu tersebut, tetapi saya nak beritahu ia tetap ada kesan buruk kepada negara.

“Bila seorang ketua hakim menyentuh perkara tersebut walaupun cuma satu perenggan atau sebaris ayat dalam ucapan di satu konvensyen luar negara ia seolah-olah selama ini ada campur tangan perdana menteri dalam pelantikan hakim.

“Sebab itu saya katakan kenapa ketika dilantik dulu Tengku Maimon tidak menolak kerana nama beliau juga tentunya dicadangkan oleh Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu,” katanya.

Mohamed Nazri juga berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya disentuh dalam ucapan di luar negara kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menzahirkan komitmen reformasi Kerajaan Madani untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK).

“Mustahil Tengku Maimon tidak mengetahui tentang komitmen perdana menteri dalam isu ini. Ia dilaporkan oleh semua media.

“Jadi adalah tidak wajar bila perdana menteri sudah memberikan komitmen dalam hal ini, ada yang masih nak membangkitkan seolah-olah selama ini ada campur tangan perdana menteri dalam pelantikan ketua hakim,” katanya lagi.

Baru-baru ini Tengku Maimon dilaporkan berkata menghapuskan peranan perdana menteri dalam pelantikan hakim boleh membantu mengikis persepsi wujudnya pengaruh politik terhadap badan kehakiman.

Tengku Maimun berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Undang-undang Komanwel ke-24 di Malta.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata kritikannya terhadap perkara yang disentuh oleh Tengku Maimon itu tidak bermakna beliau menolak usaha reformasi badan kehakiman.

“Saya tidak menolak usaha reformasi yang sedang diusahakan, malah saya menyokong penuh usaha berkenaan.

“Namun apa yang dilakukan oleh Tengku Maimon itu salah kerana ia memberi gambaran tidak betul terhadap badan kehakiman dan undang-undang negara kita.

“Kenapa dia perlu sentuh isu tersebut dalam ucapan di satu konvesnyen di luar negara? Apa niat beliau?,” soalnya.”

Mohamed Nazri menjelaskan beliau menghormati Tengku Maimon dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Namun katanya, membangkitkan isu berkenaan dalam ucapan di luar negara tidak sepatutnya dilakukan.

“Secara profesional saya memang menghormati Tengku Maimon. Saya akui beliau seorang yang mempunyai integriti.

“Tetapi beliau sendiri mencemarkan namanya dengan menyentuh perkara berkenaan dalam ucapan di luar negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat