Kebun Durian Raub :Tindakan Chow Yu Hui Bersifat Peribadi, Bukan Pendirian DAP – MB Pahang

- Advertisement -

CYBERJAYA : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa siasatan terhadap Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, berkaitan dakwaan menghalang penjawat awam dalam operasi penguatkuasaan kebun durian Musang King, adalah tindakan individu dan bukan mewakili pendirian parti DAP secara keseluruhan.

“Itu (menghalang penjawat awam) tidak mencerminkan keseluruhan dan dia mengambil tindakan secara individu.

“Kita telah serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Negara kita ada peraturan dan undang-undang yang wajib dipatuhi,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! semasa menghadiri majlis di Kampung Simpang Tiga, Tapah.

Chow bersama seorang aktivis telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam, selepas ditahan sehari sebelumnya berikutan dakwaan menghalang operasi penguatkuasaan di Raub.

Mengulas desakan PAS agar UMNO menyatakan pendirian berhubung peranan wakil rakyat DAP itu dalam isu pencerobohan tanah kerajaan, Wan Rosdy menegaskan undang-undang perlu ditegakkan tanpa mengira individu atau parti.

Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata isu kebun durian di Raub telah dijangka akan dimanfaatkan oleh pihak lawan sebagai bahan kempen.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat