Mahathir Pilih Bertanding Di Langkawi

LANGKAWI – Teka-teki di mana Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 akhirnya terjawab.

Pencalonan beliau diumumkan oleh Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di satu ceramah di Langkawi malam tadi.

“Dengan bangga, dengan doa kemenangan berpihak kepada kami, saya umumkan Dr Mahathir sebagai calon Langkawi,” katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di pulau itu.

Pengumuman itu menamatkan semua spekulasi tentang kerusi pilihan Tun Mahathir.

Mahathir sebelum ini mempertimbangkan antara Langkawi, Putrajaya dan Kubang Pasu, di mana beliau menjadi wakil rakyat di situ selama lebih 3 dekad, termasuk ketika menerajui kerajaan selama 22 tahun.

Berikutan itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu dijangka berdepan penyandang, Datuk Seri Ir Nawawi Ahmad daripada Barisan Nasional. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.