Dakwaan Fitnah PM, Pemuda Umno Pasir Puteh Lapor Polis

Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pasir Puteh membuat laporan polis berkaitan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa memuat naik gambar berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketuanya Mohammad Yusri Ismail membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh pada jam 10 pagi semalam.

“Saya mohon polis menyiasat pemilik akaun berkenaan yang dipercayai berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita semalam.

Mohammad Yusri berkata laporan polis itu juga bertujuan memberi peringatan kepada pengguna laman sosial yang lain supaya tidak melakukan penghinaan atau fitnah kepada mana-mana individu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Abdu Rozak Muhammad mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan akan merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.- Bernama

 

 

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.