Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar?

KUALA LUMPUR – Ke­tagihan rakyat Malaysia terhadap penggunaan telefon bimbit semakin membimbangkan apabila kira-kira 60 peratus golongan muda mengalami simptom dipanggil nomofobia.

Nomofobia ialah sindrom seseorang itu merasakan dirinya tidak boleh hidup atau fobia tanpa telefon, lapor Kosmo.

Kaji selidik dijalankan oleh Portal Gerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM) melalui 1,200 responden berusia 15 hingga 30 tahun di internet juga mendapati 70 peratus golongan muda akan memeriksa telefon pintar sekiranya terjaga daripada tidur pada waktu malam.

Menurut Presiden ITYM, Khaireel Azlee Abdul Aziz, kegilaan terhadap telefon pintar yang kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup sebenar­nya telah berlaku dalam segenap lapisan umur terutamanya golongan muda di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.