Tiada Lagi Arak Dalam Penerbangan Malaysia Airlines?

KUALA LUMPUR ― Penumpang kelas perniagaan Malaysia Airlines Bhd (MAB) kini tidak dapat lagi menikmati minum beralkohol dalam penerbangan pendek kurang daripada tiga jam, dedah syarikat penerbangan itu semalam.

 

Dalam satu kenyataan kepada Malay Mail Online, MAB menjelaskan bahawa mereka tidak lagi menghidangkan alkohol kerana akur kepada “pilihan majoriti penumpang” sejak 1 Januari 2016.

 

“Kami merupakan syarikat penerbangan kebangsaan untuk sebuah negara yang majmuk dan berbilang agama, dan sebagai gerak balas kepada pilihan majoriti penumpang, kami tidak lagi menghidangkan minuman beralkohol untuk penerbangan kurang daripada tiga jam mulai 1 Januari 2016,” katanya.Isu Hidangan Arak MAS

 

“Oleh kerana penerbangan kurang daripada tiga jam kebanyakannya mengandungi pelanggan dari Malaysia, dasar ini akan disambut baik.

 

“Untuk penerbangan melebihi tiga jam, kami mempunyai profail pelanggan yang lebih luas dan untuk memenuhi kehendak profail ini, minuman beralkohol akan tetap dihidangkan tanpa sebarang perubahan dasar,” tambahnya.

 

Pendedahan MAB hadir selepas seorang penumpangnya, Geoff Siddle, 48, yang telah menetap di Malaysia selama 20 tahun, mendakwa permintaannya untuk dihidangkan bir dalam perjalanan ke Phuket, Thailand ditolak, walaupun menaiki kelas perniagaan.

 

Perkara sama berlaku semasa Siddle, seorang pemilik pub Inggeris, dalam perjalanan pulang, apabila MAB menolak permintaan enam orang penumpang.

 

MAB telah mengalami pelbagai kecaman sejak insiden melibatkan penerbangan MH370 dan MH17, sehingga beberapa wakil rakyat di Parlimen menggesanya untuk mematuhi syariah dan tidak lagi menghidangkan minuman beralkohol. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.