‘Saya Kecewa Ustaz Ini Cuba Memfitnah Saya & Dr. Zakir’ – Grace Nina

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan, Woo Nina Grace, 19, yang memeluk Islam semasa sesi ceramah oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik tampil meluahkan rasa kesal difitnah seorang ustaz.

 

Melalui status di laman Facebooknya, Nina Grace yang sebelum ini beragama Kristian menyifatkan tuduhan Ustaz Abu Syafiq yang mendakwa Dr Zakir hanya mencari publisiti melalui pengislaman dirinya sebagai keterlaluan.

 

“Nina mengkagumi semua Ustaz, kerana mereka lebih tahu akar umbi agama sejak dari bangku sekolah.

 

“(Tetapi) amat kecewa Ustaz ini cuba menabur fitnah kepada saudara baru seperti Nina serta Dr. Zakir Naik yang telah mengislamkan Nina. Semoga Ustaz itu dibukakan hati dan kembali ke jalan yang benar seperti Nina,” tulisnya dalam status yang dimuat naik semalam.

 

Nina Grace & Ustaz Abu Syafiq

Ustaz Abu Syafiq sebelum ini mendakwa Nina asalnya memang seorang Islam dan pengislamannya semasa di majlis ceramah Dr Zakir Naik di Terengganu beberapa hari lepas untuk publisiti murahan semata-mata.

 

“Punyalah nak menipu… Orang (yang) dah Islam dia (Dr Zakir) pergi kafirkan orang tu supaya orang itu masuk Islam depan dia.

 

“Alahai,… ini dah kira kafirkan orang dah memang beragama Islam. Hanya kerana nak cari publisiti murahan hang kafirkan dia, lepas tu hang suruh dia masuk Islam,” dakwa Ustaz Abu Syafiq dalam status di laman Facebook.

 

Sementara itu menurut laporan Mynewshub, status ditulis Ustaz Abu Syafiq itu bagaimana pun telah dipadamkan dari laman Facebook beliau selepas isu ini menarik perhatian umum.

 

Dalam perkembangan berkaitan, remaja perempuan yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari sebuah kolej swasta itu mendedahkan berita penghijrahannya dari Kristian kepada Islam amat mengejutkan ibu bapanya.

 

“Mengenai keluarga saya, ibu bapa memang terkejut apabila mendapat tahu saya memeluk Islam kerana sebelum ini saya mendalami ajaran Islam termasuk membaca beberapa surah Al-Quran secara rahsia tanpa pengetahuan mereka.

 

“Ibu dan ayah tidak tahu saya ingin memeluk Islam sehinggalah video dan berita mengenai hal ini tersebar di media dan laman sosial.

 

“Walaupun terkejut, ibu dapat menerima keputusan yang saya buat ini tetapi ayah masih belum sedia menerimanya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. – SuaraTV

2 thoughts on “‘Saya Kecewa Ustaz Ini Cuba Memfitnah Saya & Dr. Zakir’ – Grace Nina

  • April 17, 2016 at 10:16 pm
    Permalink

    Abu Shafiq tu sahabat baik kepada si Zamihan Mat Zin kat Jakim skrg nie yg berjiwa kacau… mereka berdua iaitu si Abu Shafiq dan si Zamihan macam abang adik…. x payah layanlah org macam tu…!!!

    Reply
  • April 17, 2016 at 11:56 pm
    Permalink

    Ustaz bermuka kodok

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.