PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Jepun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah dan simpatinya kepada penduduk Jepun, khususnya keluarga dan mangsa yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda negara itu pada Khamis lalu.

 

Najib dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya juga mengesahkan tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa yang membabitkan rakyat Malaysia di wilayah Kumamoto di Jepun, yang dilanda gempa bumi itu.

 

“Kementerian (Luar) juga mengesahkan 18 pelajar Malaysia telah dipindahkan ke zon pemindahan dan kami sedang bekerja rapat dengan kerajaan Jepun untuk memastikan status rakyat Malaysia yang lain di sana.

 

“Saya menyeru agar semua bertenang dan hubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk maklumat lanjut di +(81-3) 3476-3840,” katanya.

 

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter itu melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, menyebabkan sembilan maut dan lebih daripada 700 orang cedera. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.