Video: Zikir Menari, Jakim Dilabel Ketua Segala Babi

Kuala Lumpur -Tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang melarang amalam zikir sambil menari kerana menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menyeleweng mendapat kecaman pengikut ajaran tersebut.

 

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nik Nasrul Azan Nik Mohamad membantah larangan tersebut sambil menyifatkan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha sebagai ‘Ketua Segala Babi’.

 

“Ni ketua segala babi di Jakim, cisss” ujarnya di laman Facebooknya sambil merujuk kepada kepada kenyataan yang dikeluarkan Jakim itu.

 

Tindakan Nasrul itu kemudiannya menerima maklumbalas dari pengguna Facebook yang lain, menggesa agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan atas kecaman tersebut.

 

“Agak-agak siapa yang babi? Dia suka zikir sambil menari kot, tu yang marah Jakim” ujar Sheikh Ahmad di laman Facebooknya.

 

Othman sebelum ini menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari.

 

Menurutnya, Jakim telah mengeluarkan la­rangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.

 

 

Katanya, dalam perbincangan tersebut, muzakarah memutuskan bahawa tariqat yang diguna pakai ketika berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW itu adalah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

 

“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau me­ngikut cara ter­sebut.

 

“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya ma­syarakat Islam di negara ini,” katanya dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

 

Jakim dalam kenyataannya di e-fatwa menjelaskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah yang dipimpin oleh Sheikh Nazim Al-Haqqani adalah menyeleweng dan pengamal ajaran tersebut diminta segera bertaubat.

 

Dalam kenyataan yang sama, Jakim turut meminta supaya semua negeri menggunakan ke­putusan fatwa itu dan mengharamkan umat Islam menggunakan ka­edah zikir tersebut ke­rana bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

 

Tambah Othman, pi­haknya mendapati ba­caan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW dalam amalan zikir itu tidak salah, bagaimanapun penyampaian sambil menari dan menggerakkan anggota badan itu yang bercanggah dengan amalan serta ajaran Islam.

 

Katanya, tidak menjadi masalah jika individu perseorangan berzikir dengan cara itu tetapi adalah dilarang jika dilakukan di hadapan atau bersama-sama orang ramai kerana bimbang menjadi ikutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.