Video: Ular Tedung Selar Bawah Kereta

Kuala Lumpur – Kemunculan seekor ular dari spesis tedung selar di bawah sebuah kereta yang diparkir di kawasan tempat letak kereta menarik perhatian warga Universiti Teknologi Petronas (UTP).

 

Tangkapan reptilia berbisa itu oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dirakam oleh seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama Meor Naqiuddin dan kemudian memuatnaik ke laman sosial berkenaan untuk dikongsikan.

 

Kehadiran reptilia berbisa yang tidak diundang itu mungkin disedari oleh pemilik kereta berkenaan dan berlaku kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad lepas.

 

 

Ular tersebut yang berwarga kekuningan mempunyai saiz fizikal yang besar dan dipercayai mampu meragut nyawa sesiapa sahaja sekiranya terkena patukannya.

 

Ketika ditangkap oleh anggota bomba dengan menggunakan kelengkapan yang dimiliki, ular tersebut dilihat bertindak agresif, namun tidak mampu untuk melawan.

 

Kehebatan pasukan bomba berkenaan yang menangkap ular tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang datang menyaksikan kejadian ini.

 

Ular tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam satu sangkar oleh anggota berkenaan dan dibawa pulang ke Balai Bomba untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.