Video: Liverpool Ambil Tindakan Terhadap Penyokong Hina Solat

Seorang peminat bola sepak kelab Liverpool bakal dikenakan tindakan kerana menggelar dua peminat beragama Islam sebagai ‘memalukan’ kerana menunaikan solat di Anfield.

 

Ketika pasukan Liverpool menentang Blackburn Rovers pada 8 Mac lalu, Stephen Dodds mencetuskan kontroversi di laman sosial Twitter apabila memuat naik gambar Asif Bodi dan Abu Bakar Bhula sedang bersolat ketika rehat separuh masa pertama.

 

“Orang Islam solat semasa rehat separuh masa pertama ketika perlawanan semalam adalah memalukan’,” katanya.

 

 

Kelab Bola Sepak Liverpool dalam kenyataan menyatakan ada aduan diterima berkenaan satu ‘tweet’ yang menunjukkan peminat beragama Islam sedang bersolat ketika separuh masa pertama di Anfield berserta komen yang menyakitkan hati kepada pengadu.

 

Kelab tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Merseyside berkenaan tweet itu yang telah dimuat naik pada hari Ahad, 8 Mac lalu.

 

Polis Merseyside telah membuat siasatan dan akan merujuk perkara ini dengan Kelab Bola Sepak Liverpool untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu tersebut.

 

Kelab ini sedang mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya dan perkembangan terbaru akan diberitahu kelak.

 

Kelab Bola Sepak Liverpool juga mengeluarkan kenyataan, iaitu memberi peringatan kepada peminatnya yang mereka tidak akan bertolak ansur dalam apa sahaja bentuk diskriminasi dan komited dalam memastikan kelab tersebut mesra dan selamat untuk semua peminat tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, ketidakupayaan atau orientasi seksual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.