Video: Gadis Australia Dipuji, Pertahan Wanita Islam Dihina Kerana Bertudung

Sydney – Seorang gadis di Australia diangkat sebagai ‘hero’ apabila tampil mempertahankan wanita muslim yang di hina ketika menaiki keretapi CityRail dari pusat bandar menuju ke lapangan terbang petang semalam.

 

Majoriti pengguna Facebook memuji tindakan gadis yang dikenali sebagai Stacey Eden itu, kerana berani membela wanita lain yang tidak dikenalinya itu walaupun berlainan agama.

 

Dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, seorang wanita berusia sekitar 40-45 tahun dilihat menghina Islam dan mencerca seorang wanita bertudung yang sedang duduk.

 

 

“Mengapa kamu memakai tudung untuk seorang lelaki yang berkahwin dengan anak kecil yang berusia enam tahun,” sindir perempuan berbaju merah itu.

 

Namun wanita bertudung itu hanya berdiam diri tanpa memberikan sebarang respon terhadap kata-kata yang dilemparkan itu.

 

Marah dengan tindakan wanita itu, Stacey bingkas bangun dan membidas kata-kata wanita tersebut.

 

“Dia memakai tudung untuk dirinya sendiri, kerana ingin tampak sopan (menutup aurat) dan bukan untuk orang seperti kamu yang hanya duduk di situ dan tidak menghormati dia,” ujar Stacey dengan nada yang tinggi.

 

Tidak berpuasa hati dengan tindakan Stacey itu, wanita itu mula membangkitkan isu penderaan dan pembunuhan yang berlaku di Martin Place tidak lama dahulu.

 

“Anak-anak kamu memenggal kepala orang,” balas perempuan yang memakai baju merah itu.

 

“Bukan dia yang melakukannya, ia dilakukan oleh sekelompok kecil dan bukan mewakili keseluruhan muslim” bidas Stacey pula.

 

Wanita berbaju merah itu cuba membalas kenyataan Stacey dengan mendakwa seramai 148 orang Kristian terbunuh di Kenya dan konflik agama yang tercetus di Syria.

 

“Apa kena-mengena isu tersebut dengan wanita bertudung ini.

 

“Kalau kamu tidak boleh bercakap secara baik dengan orang lain sebaiknya jangan bercakap langsung.

 

“Tutup mulutmu, tutup mulutmu!” tegas Stacey lagi.

 

Menurut Stacy sejurus selepas kejadian tersebut, beliau kemudiannya memuatnaik rakaman yang berdurasi 0:48 saat itu di laman Facebook.

 

“Saya duduk selama 10 minit sebelum merakan insiden seorang wanita yang menghina seorang wanita muslim dan menuduhnya sebagai pendokong ISIS hanya kerana dia memakai tudung.

 

“Orang seperti ini yang sombong dengan tidak menghormati orang lain membuatkan saya menyampah. Mereka sepatutnya berhenti menilai pegangan agama orang lain” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.