Tiada Sebab Lepas Jawatan MB – Mukhriz Mahathir

AYER HITAM – Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan tiada sebab untuknya melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana belum membuat ketetapan mengenai sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Malah, beliau turut menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar yang disandangnya kini adalah amanah yang dipertanggungjawabkan daripada Perdana Menteri dan rakyat sendiri.

 

“Saya rasa tak ada sebab untuk saya lepaskan (jawatan Menteri Besar)…jawatan ini pun amanah daripada Perdana Menteri dan amanah rakyat.

 

“Jadi tak timbul sebarang masalah yang begitu besar yang memerlukan saya meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Jalinan Tani di sini, sebentar tadi.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada yang mendesaknya melepaskan jawatan kerana tidak memutuskan sokongan terhadap Perdana Menteri.

 

Berdasarkan maklumat, UMNO Kedah akan bermesyuarat pada 24 April ini untuk mencapai kata putus berhubung isu terbabit. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.