Tesco Turunkan Harga 1,000 Jenis Barangan

OPERATOR pasar raya besar, Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd., akan melabur RM50 juta bagi menurunkan harga 1,000 barangan kerperluan harian di 54 cawangannya di seluruh negara, bermula 6 April hingga hujung tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Georg Fischer berkata, kempen ‘Lebih Jimat’ untuk jangka panjang itu membolehkan pelanggan menikmati penurunan harga dari 20 hingga 44 peratus.

 

“Produk disenaraikan di bawah kempen ini dipilih berdasarkan maklum balas jutaan pelanggan Tesco mengenai barangan segar dan runcit yang penting kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen itu, di sini hari ini.

 

Tawaran harga rendah itu juga untuk perkhidmatan jualan dalam talian oleh pasar raya itu.

 

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan kesemua pembekal bagi memastikan harga barangan sempena kempen tersebut mampu dikekalkan.

 

Kempen itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. – Bernama

7 thoughts on “Tesco Turunkan Harga 1,000 Jenis Barangan

  • July 21, 2015 at 3:12 pm
    Permalink

    harap2 betul turun harga
    idup susah bile kena tanggung perbelajaan barang runcit

    Reply
    • July 21, 2015 at 5:13 pm
      Permalink

      nak murah senang je
      beli pada hari sabtu ahad mesti murah
      hari biasa harga tinggi sikit
      tuan blh cuba online shopping mereka

      Reply
      • July 23, 2015 at 12:48 pm
        Permalink

        dah pernah guna
        first time bagus je, dah book time slot jd dtg spt masa yg dijanjikan
        staff pun mesra suruh cehck sblm sain tuk bayar

        Reply
  • July 21, 2015 at 3:15 pm
    Permalink

    minggu lepas pg cokelat ferrero hanya rm24.90 sempena promo raya
    beli 10 kotak untuk bg kawan I bila pergi open house mereka

    Reply
    • July 23, 2015 at 12:54 pm
      Permalink

      kamu bangsa pe? nama tu special je
      heran je tanya, kalau kamu bukan local mmg syok pg rumah buka org melayu
      byk juadah yg dihidangkan

      Reply
  • July 23, 2015 at 9:48 am
    Permalink

    biasanya beli barang kering utk masak mmg kat tesco, NSK yg dekat rumah saya dua biji bawang pun dah 50sen

    beli kat tesco 5biji pun hanya 20sen je
    suri rumah macam sy mmg nak beli byk jd tesco not bad

    Reply
  • July 23, 2015 at 5:17 pm
    Permalink

    sy tak suka kalau g bli brg kat nsk. mcm tak selesa sbb tak bersih sgt. hehe
    kalau g bli brg dapur kt tesco best, murah, selesa pastu bnyk brg. yg pnting bersih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.