Suspek Tikam Bekas Tunang Berjaya Dicekup

JOHOR BAHRU – Suspek kes tikam bekas tunangnya di kawasan tempat letak kereta Econsave Kluang ditahan polis di Kota Tinggi, malam kelmarin, ketika cuba meloloskan diri ke negara jiran.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek ditahan kira-kira 10 malam selepas polis menerima maklumat mengenai kehadirannya di kawasan berkenaan.

 

Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan di kawasan hutan di sekitar Kota Tinggi.

 

 

– Berita Berkaitan –

(Lelaki Tikam Bekas Tunang Dengan Pisau Pemotong Sayur)

 (Polis Giat Buru Pemuda Tikam Bekas Tunang)

 

“Dipercayai suspek sudah membuat tempahan bot untuk ke negara jiran.

 

“Dia dipercayai sedang menunggu bot untuk meloloskan diri sebelum berjaya ditahan,” katanya.

 

Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.