Sultan Selangor Berkenan Naik LRT, Monorel

Petaling Jaya – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, transit aliran ringan (LRT) dan Monorel dari Stesen LRT Kelana Jaya di sini hari ini.

 

Menurut jurucakap istana, Tuanku naik dan mencuba LRT ekoran titah baginda ketika merasmikan Sidang DUN Selangor baru-baru ini.

 

“Memandangkan 3\4 sistem LRT adalah dalam Selangor, jadi Tuanku hendak merasai pengalamannya sendiri.

 

“Tuanku turut berharap Rakyat akan dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini,” katanya ketika bersama-sama dengan Tuanku Sharafuddin pagi Khamis.

 

Baginda menaiki LRT dari stesen tersebut sehingga ke Stesen KL Sentral sebelum bertukar kepada perkhidmatan Monorel untuk ke Stesen Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

 

Turut mengiringi baginda, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam; Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din dan Pengarah Urusan Kumpulan Azmi Abdul Aziz.

 

Sultanimage Sharafuddin baru-baru ini menerima menghadap kedatangan Ismail dan Azmi, di mana baginda telah diberi taklimat mengenai projek LRT Line 3 yang akan menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, dilaksanakan oleh Prasarana.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.