Sangka Hamil Rupanya Ketumbuhan 5kg Dalam Perut

BOTOSANI (ROMANIA) – Seorang wanita yang menyangka dia hamil dan bakal melahirkan anak kecewa selepas mendapati dia sebenarnya ‘mengandungkan’ ketumbuhan seberat hampir lima kilo gram.

 

Madalina Neagu, 42, dibawa ke dewan bersalin selepas dia dikejarkan ke sebuah hospital di sini kerana sakit yang teruk di bahagian perut.

 

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian kehamilan doktor terkejut apabila mendapati wanita itu sebenarnya mempunyai ketumbuhan yang besar di dalam rahimnya.

 

Seorang doktor, Dorin Scladan berkata, wanita itu memberitahu bahawa dia mengandung dan doktor menjangka dia akan bersalin.

 

“Perut Madalina besar seperti wanita hamil sembilan bulan menyebabkan kami percaya dia mengandung,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.