Pejuang IS Mengidam Makan Burger King’s

Pejuang jihad yang dipercayai bakal menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang dalam perjalanan melalui Turki berusaha ‘menyeludup’ makanan segera, Burger King’s untuk dibekalkan kepada pejuang IS yang lain.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh seorang pemilik laman sosial Twitter, Jannahtain yang dipercayai juga merupakan pejuang ISIS, yang kononnya sangat ‘mengidam’ untuk menikmati makanan segera itu.

 

Menerusi akaun Twitternya itu, Jannahtain memuat naik gambar Burger King’s jenis ‘Whopper’ dan beberapa jenis minuman alkohol.

 

Menurut laporan Daily Star.com, dia juga turut memuat naik jenis makanan lain seperti kerepek, biskut Oreo, gula-gula dan minuman tin 7up.

 

“Ini saatnya apabila saudara anda yang ingin menyebarangi sempadan ke Sham bertanya kepada anda jika perlukan apa-apa dari Turki. Jihad2015,” tulisnya sebagai kapsyen kepada gambar tersebut.

 

Difahamkan, terdapat dua buah cawangan makanan segera itu di antara sempadan Bandar Gaziantep dan Sanliurfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.