Mayat Sepasang Kekasih Dalam Peti Besi Bukan Di Banting

SHAH ALAM – Polis Selangor menafikan penyebaran berita penemuan mayat sepasang kekasih dalam dua peti di Banting sejak semalam.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah berkata, pasukannya sudah melakukan siasatan dan ia tidak berlaku di negeri itu seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi telekomunikasi lain.

 

“Berita penemuan mayat sepasang kekasih yang dibunuh dan diletakkan di dalam dua peti besi dilaporkan berlaku di Banting tidak benar. Kami sudah menyiasat perkara itu.

 

“Penyebaran berita yang tidak benar dan palsu seperti ini sudah menjadi barah dalam kalangan masyarakat kita dan saya berharap orang ramai menghentikannya,” katanya ditemui di sini.

 

Orang ramai semalam gempar apabila tersebar beberapa gambar yang menunjukkan mayat lelaki dan wanita dalam keadaan ngeri kononnya wanita berkenaan curang terhadap suaminya dengan lelaki terbabit.

 

Difahamkan kejadian itu sebenarnya berlaku di India 6 April lalu. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.