Sepanyol dan Brazil skuad paling mahal

Rio de Janeiro: Sepanyol, Argentina dan Brazil memiliki skuad paling mahal di antara semua 32 pasukan yang bertanding pada Piala Dunia Jun ini, lapor akhbar kewangan harian Brazil, Valor kelmarin.

Skuad juara bertahan Sepanyol, dianggarkan berharga RM1.94 bilion (486.9 juta euro) di depan Argentina yang berharga RM1.89 bilion (474.1 juta euro) dan skuad tuan rumah yang mencecah harga RM1.88 bilion (470.2 juta euro).

Syarikat perunding analisis sukan, Pluri Consultoria yang melakukan penilaian berkenaan turut menganggarkan skuad Jerman pada harga RM1.78 bilion (445.6 juta euro) dengan Perancis RM1.59 bilion (398.6 juta euro) mengatasi England yang mencatat RM1.41 bilion (354.2 juta euro).

Messi termahal

Laporan itu turut meletakkan bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi sebagai pemain termahal dengan harga RM552.4 juta (138.1 juta euro) walaupun jumlah itu susut 1.4 peratus berbanding penilaian tahun lalu.

Harga penyerang Pertugal  dan Real Madrid,Cristiano Ronaldo,melonjak  11.4 peratus selepas dia dinobatkan pemain terbaik dunia tetapi masih ketingalan RM120 juta di belakang Messi.

Pada harga RM429.2 juta (107.3 juta euro),nilai pasaran Ronaldo sekarang dianggarkan stu pertiga daripada keseluruhan  RM1.14 billion (287 euro) nilai skuad Pertugal.

Penilain dibuat berdasarkan 77 kriterea termasuk usia ,kebolehan teknikal,kecergasan dan nilai pemasaran terkini syarikat perunding berkenaan akan mengemas kini  laporan berkenaan selepas skuad terakhir diumumkan pada 7 Mei-AFP

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.