Bulan berdarah bukan petanda kiamat

Rakyat Negara ini berpeluang melihat gerhana bulan penuh atau fenomena’bulan berdarah’pada 8 Oktober ini dan 4 April tahun 2015.

Kejadian itu dikenali sebagai’tetrad”sebelum ini pernah dilihat sebanyak 142 kali  dalam tempoh 5,000 tahun iaitu bermula tahun 2000 sebelum Masihi sehingga tahun 3000 selepas Masihi,ia turut dikaitan sebagai pentanda kiamat,namun umat islam diminta menghindari mempercayai benda karut seperi itu.

Mufti Perak,Tan Seri Harunssani Zakaria ,sebarang factor yag menyebabkan pekara itu termasuk disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari sehingga mematulkan cahaya merah,sebenanrnya bukan tanda kiamat.

“kita tidak tahu punca sebenar cahaya merah itu ,mungkin kerana pertembungan dengan biasan cahaya matahari,jadi kita serah sahaja pada Allah kerana ini kerja-Nya.Saya harap umat islam jangan percaya benda mengarut ini dengan berbuat sesuatu,kerana dia lari daripada aqidah islam.

‘Dunia sudah tua’

Mufti Kelantan,Datuk Mohammad Shukri Mohammad,pula berkata,tanda awal kiamat sudah jelas kelihatan termasuk berbagai tragedi yang berlaku seperti gempa bumi dan tsunami namun meletakkan’bulan berdarah’sebagai tanda awal  kiamat adalah tidak wajar.

“Dunia sudah tua,kita perlu buat persediaan sebelum menghadapi kiamat kecil iaitu kematian.Yang penting dari akidah Islam,tiada siapa tahu bila kiamat…hanya Allah.Jadi nak kaitan bulan berdarah itu tidak wajar,katanya.

Sementara itu ahli  astronomi amatur yang juga pengendali portal  Astronomi Falak Online,Shahrin Ahmad, berkata,bulan berdarah atau bulan merah bukan kejadian luar biasa,malah istilah itu bukan istilah saintifik sebaliknya dipopularkan tahun ini oleh pengendali laman social yang mengaitkanya dengan fenomena ‘tetrad’.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang astronomi selama 30 tahun ,gerhana bulan penuh  berlaku disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari,manakala bulan ‘bulan berdarah’disebabkan biasan cahaya oleh atmosfera bumi.

Bukan setiapa tahun

Gerhana bulan penuh berlaku kerana bayiang-bayang bulan masuk kedalam bayang-bayang bumi,bulan tidak terkena cahaya matahari .Logiknya,bulan sepatutnya berwarna gelap,tetapi disebabkan bumi ada atmosfera atau udara ia akan membiaskan cahaya matahari.

“sebahagaian cahaya matahari akan jatuh keatas bulan dan hanya ketika gerhana bulan penuh,kita dapat lihat kesan cahaya merah yang dipancarkan matahari jatuh keatas bulan,’’katanya sambil menambah dalam jangka 5,000 tahun akan berlaku 568 kali gerhana bulan penuh .

Bagaimanapun,katanya,fenomena ‘tedrad’ bukan setiap tahun ,malah sebelum ini pernah tidak  berlaku selang 300 tahu bermula tahu 1582 hingga 1908,tetapi selang 300 tahun selepas itu apabila 17 kali’tedrad’dilaporkan.manakala antara tahun 2001 hingga 2100  ia diramal sebanyak lapan kali atau dua kali sehingga 2015.

 

One thought on “Bulan berdarah bukan petanda kiamat

  • September 12, 2014 at 11:58 am
    Permalink

    Hello there! Quick question that’s completely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My site looks weird when browsing from my apple iphone. I’m trying to find a template or plugin that might be able to fix this problem. If you have any suggestions, please share. Many thanks!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.