Anwar Berdolak Dalih, Cuba Elak Soalan Wartawan

Petaling Jaya – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba mengelakkan pertanyaan para wartawan ketika sidang akhbar yang diadakan yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat petang tadi.

Ketika selesai memberikan kenyataannya, beberapa orang wartawan cuba bertanyakan soalan kepada Anwar namun permintaan itu tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Anwar sebaliknya hanya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh mereka yang dilihat ‘mesra’ dengan pakatan pembangkang sahaja.

Ketika dihampiri oleh beberapa orang petugas media sejurus selepas sidang akhbar tersebut Anwar dilihat enggan menjawab persoalan yang dibangkitkan sebaliknya menyalahkan kerajaan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu diminta untuk menjelaskan beberapa isu antaranya cuba menggunakan isu MH370 untuk kepentingan politiknya.

Malah ketika sesi temu bual bersalam akhbar UK Daily Telegraph baru-baru ini, Anwar mendakwa kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan maklumat yang berkaitan kehilangan pesawat itu.

Tindakan tidak bertanggungjawab Anwar itu kemudiannya dibidas oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut Hishammuddin dakwaan Anwar yang tidak berasas itu seolah-olah menuduh kesemua 26 negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat sebenar.

Beliau yang juga merupakan pemangku Menteri Pengangkutan itu menjelaskan dakwaan berkenaan tidak masuk akal, sempit fikiran dan sepatutnya dia berpijak di bumi nyata.

Beliau turut meminta Anwar agar berhenti bermain politik, kalau hendak berpolitik ada had dan batasannya.

One thought on “Anwar Berdolak Dalih, Cuba Elak Soalan Wartawan

  • April 16, 2014 at 7:10 pm
    Permalink

    Dia lom dpt jadi PM. So masih xleh jawab. Kalau dia jadi PM, 1 saat jer dah dapat jawapan. Hahahahahaha.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.