“Di Hari Mulia” lagu Raya ceria Syaffiq Sahli & Boss Wan

- Advertisement -

Industri muzik Malaysia bakal diserikan dengan lagu raya baharu bertajuk “Di Hari Mulia“, hasil kolaborasi penyanyi Syaffiq Sahli & Boss Wan, bersama MayaTheGirls. Lagu ini diterbitkan oleh Fiz Star Empire, dengan sentuhan komposer Aiman (Zul2by2) & Anje Maya, serta lirik nukilan Bonda Puteri Ryana.

Menurut Aiman, idea untuk menghasilkan lagu ini bermula daripada perbincangannya dengan Bonda Puteri. “Bonda Puteri memang berniat untuk menghasilkan sebuah lagu raya dan telahpun mempunyai lirik. Apabila saya melihat liriknya, saya terus mencipta melodi yang sesuai,” katanya.

Memandangkan lagu ini bercirikan muzik era 60-an, mereka memutuskan untuk menampilkan suara lelaki dan perempuan bagi memberikan keseimbangan. Nama Syaffiq Sahli segera muncul dalam fikiran, dan setelah berbincang dengan Bonda Puteri, beliau bersetuju.

Kemudian, Syaffiq Sahli mencadangkan agar Boss Wan turut serta kerana mereka mempunyai chemistry yang kuat, terutamanya di TikTok, di mana mereka sering membuat siaran langsung bersama. “Boss Wan memang sesuai dan tanpa berfikir panjang, kami terus bersetuju,” tambah Aiman.

Lagu “Di Hari Mulia” berkonsepkan muzik rancak dan ceria, berbeza daripada kebanyakan lagu raya yang lebih bernada sedih dan sayu. “Kami mahu menghasilkan sesuatu yang segar dan menggembirakan, agar pendengar dapat merasai kegembiraan menyambut Aidilfitri,” kata Aiman.

Selain itu, mereka juga menggabungkan elemen muzik 60-an, yang dipercayai lebih mudah diterima oleh pelbagai generasi. “Kalau terlalu moden, kadang-kadang susah diterima. Tetapi dengan muzik yang ada unsur klasik, lebih ramai boleh relate,” jelasnya.

Untuk memastikan lagu ini mendapat perhatian ramai, mereka merancang untuk melancarkan dance challenge di TikTok, yang kini menjadi trend dalam industri muzik. “Kami yakin dengan adanya cabaran tarian, lagu ini akan lebih mudah mendapat tempat di hati pendengar,” kata Syaffiq Sahli.

Selain TikTok, lagu ini juga akan dipromosikan melalui YouTube, Spotify, dan platform digital lain. “Kami ada pengikut sendiri, jadi kami berharap mereka akan menyokong lagu ini dan membantu ia tular,” tambahnya.

Mereka juga menolak untuk menggunakan gimik kontroversi bagi mempromosikan lagu, sebaliknya mahu bergantung kepada kualiti muzik dan keunikan konsep. “Dulu, gosip memang memainkan peranan dalam pemasaran. Tapi zaman sekarang, content yang menarik lebih penting,” kata mereka.

Selain Syaffiq Sahli dan Boss Wan, lagu ini turut menampilkan MayaTheGirls, yang menambah keunikan dengan vokalnya. “Kehadiran Maya dalam lagu ini memberikan warna yang berbeza. Ia ibarat menyatukan bakat baru dengan penyanyi yang sudah dikenali,” kata Bonda Puteri.

Selepas Aidilfitri, mereka bercadang untuk terus berkarya. Syaffiq Sahli sendiri bakal muncul dengan lagu baharu bertajuk “Biarkan Aku”, yang masih mengekalkan elemen muzik 90-an.

Lagu “Di Hari Mulia” bukan sekadar sebuah lagu raya biasa, tetapi sebuah karya yang menggabungkan nostalgia muzik lama dengan elemen moden. Dengan strategi promosi yang kukuh dan tenaga kreatif di sebalik pembikinannya, lagu ini berpotensi untuk menjadi salah satu lagu raya popular tahun ini.

Sementara itu, pihak produksi lagu ini turut memberi penghargaan kepada hotel Royal Signature sebagai lokasi pelancaran dan sidang media.

Jadi, jangan lupa untuk mendengar Di Hari Mulia di semua platform digital dan sertai dance challenge mereka di TikTok!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat