Menteri Minta Maaf Kes Bayi Gagal Dapat Rawatan Kerana Tertinggal MyKid

PASIR GUDANG – Kementerian Kesihatan memohon maaf kepada seorang ibu yang gagal mendapatkan rawatan untuk anaknya berusia setahun kerana terlupa membawa Mykid di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini petang tadi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu tidak pernah berlaku sejak pusat rawatan awal dibuka pada 8 Mac lalu sehingga hari ini.

“Staf kami pun terkejut perkara ini berlaku kerana ini tidak terjadi di bilik rawatan sebaliknya berlaku di pintu masuk ke pusat rawatan. Ini kerana kita langsung tidak meminta Mykid.

“Sangat malang ia berlaku, kami meminta maaf kerana ini sudah terjadi dan saya yakin ia tidak disengajakan sama sekali. Harap pesakit akan dapat kembali atau dirawat segera,” katanya dalam sidang akhbar di stadium tersebut.

Dzulkefly berkata, pihaknya membuka ruang untuk sebarang penambahbaikan termasuk mengkaji semula prosedur operasi standard di pusat rawatan awal terbabit.

Kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, seorang ibu membawa bayi tersebut ke pusat rawatan tersebut untuk dirawat selepas menjadi mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini tetapi tidak dibenarkan masuk kerana tidak membawa MyKid anaknya itu. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

Isu Toksik: Kerana Tertinggal MyKid, Ibu dan Bayi Tak Dibenarkan Dapat Rawatan

Dr Mahathir Kata Tidak Tahu MB Lawat Batam Ketika Johor Bergelut Isu Toksik

Jumlah Mangsa Pencemaran Kimia Di Johor Kini Meningkat Kepada 3,555 Orang

Gelombang Buruk Pencemaran Kimia Boleh Dielak Jika Bertindak Awal – Bomba

Insiden Pencemaran Kimia Belum Kritikal, Tak Perlu Isytihar Darurat – Dr Mahathir

Sepatutnya Sejak Hari Pertama Lagi Dah Diisytiharkan Darurat – TMJ

Pakar Alam Sekitar Gesa Kerajaan Isytihar Darurat, Pindah Segera Penduduk

Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Kerja Pembersihan Bahan Kimia

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia

Usul Isytihar Darurat Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang Ditolak – Timb. Menteri

One thought on “Menteri Minta Maaf Kes Bayi Gagal Dapat Rawatan Kerana Tertinggal MyKid

  • March 19, 2019 at 7:19 pm
    Permalink

    Tidak sepatutnya berlaku weh.. ibu ada kp ok kan? Apa perly mykid ..la my kod la…ni darurat weh…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.