Dr Mahathir Kata Tidak Tahu MB Lawat Batam Ketika Johor Bergelut Isu Toksik

PERDANA Menteri berkata dia tidak menyedari bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian telah pergi ke Batam, Indonesia ketika berlakunya insiden pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang.

“Adakah dia pergi? Saya tidak tahu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai perkara itu dalam satu majlis dekat Putrajaya pada Sabtu.

Osman dilaporkan berada di Batam, Indonesia pada Jumaat untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020 dan kehadiran beliau disambut Datuk Bandar Muhammad Rudi.

Mengenai kritikan terhadap cara kerajaan Johor menangani situasi itu, Dr Mahathir berkata Osman mempunyai pandangan tersendiri berhubung perkara tersebut.

“Namun akhirnya kami mempunyai pandangan sama bahawa tiada ada sebab untuk cemas atau panik kerana kami tahu kami melakukan perkara yang betul dan menangani situasi itu dengan baik,” katanya.

Kira-kira 2,500 mangsa terjejas akibat terhidu sisa toksik yang dibuang secara haram di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.

Dr Mahathir turut menafikan dakwaan bahawa dia memberi lampu hijau untuk menyingkirkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Tidak benar. Tiada perkara seperti itu,” katanya.

Timbul khabar angin bahawa Perak mendapat persetujuan beliau untuk menggantikan kedudukan menteri besar negeri itu. – mStar

Berita Berkaitan;-

Jumlah Mangsa Pencemaran Kimia Di Johor Kini Meningkat Kepada 3,555 Orang

Insiden Pencemaran Kimia Belum Kritikal, Tak Perlu Isytihar Darurat – Dr Mahathir

Pakar Alam Sekitar Gesa Kerajaan Isytihar Darurat, Pindah Segera Penduduk

Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Kerja Pembersihan Bahan Kimia

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia

Usul Isytihar Darurat Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang Ditolak – Timb. Menteri

2 thoughts on “Dr Mahathir Kata Tidak Tahu MB Lawat Batam Ketika Johor Bergelut Isu Toksik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.