Marah Minta Pulangkan Kereta BMW, Wanita Bakar Rumah Bekas Suami

KOTA BHARU ― Seorang wanita muda, yang baru diceraikan, dicari polis berhubung kebakaran dua buah rumah milik bekas suaminya.

Lelaki itu percaya bekas isterinya, yang diceraikan enam bulan lalu, terbabit apabila beliau membuat laporan polis memintanya memulangkan kereta BMW M5.

Wanita 28 tahun itu dikehendaki berhubung kebakaran rumah sewa ahli perniagaan tersebut dan rumah bekas mertuanya hujung minggu lalu, lapor Kosmo!.

Rumah pertama di Jalan Belakang Asrama Zainab di sini terbakar 5.25 pagi Sabtu lalu. Ia melibatkan kerugian RM35,000.

Sementara kebakaran kedua yang berlaku jam 4.20 pagi Ahad lalu di Kampung Chicha di sini melibat kerugian mencecah RM50,000.

“Menurut mangsa, dua lelaki bermotosikal telah memecahkan cermin tingkap ruang tamu rumahnya sebelum menyalakan api selepas mencurahkan petrol.

“Suspek kemudian melarikan diri,” kata ketua polis Kota Baru ACP Baharom Abu.

Polis mengenal pasti indivdu terbabit dan sedang mencari wanita itu untuk membantu siasatan, tambahnya.

Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.