Ibu Shafie Apdal Meninggal Dunia

SEMPORNA – Ibu Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sini, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarhamah Bunga Suara Dandai, 85, meninggalkan lapan anak termasuk Mohd Shafie yang juga anak kelima, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal.

Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Semporna berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, selepas Asar hari ini.

Difahamkan, ketika Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking, berkata beliau mewakili Majlis Tertinggi parti itu merakamkan takziah kepada Mohd Shafie dan keluarga atas pemergian bonda Allahyarhamah.

Allahyarhamah juga adalah adik kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.