Polis Wanita Mengamuk Dipanggil Bodoh, Berdepan Tindakan Tatatertib

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis trafik wanita yang mengamuk dalam klip video yang tersebar di media sosial hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohamad Azlin Hj Sadari melalui satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota polis yang terlibat.

 

 

“IPD Subang Jaya mengesahkan bahawa iaanya telah berlaku pada 13 Mac 2016 (Ahad) jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di kaunter pejabat pertanyaan trafik IPD Subang Jaya Selangor.

 

“Pihak IPD Subang Jaya memandang serius perkara ini dan telah membuka siasatan kes tatatertib untuk siasatan telus ke atas kes tersebut” katanya memetik kenyataan tersebut.

 

Terdahulu rakaman klip video yang memaparkan anggota polis trafik tersebut mengamuk kerana dipanggil ‘bodoh’ oleh seorang pengadu yang ingin membuat laporan berhubung kes yang melibatkan kemalangan tersebar di laman Facebook.

 

Anggota yang bertugas di bahagian kaunter itu dikatakan berang apabila pengadu tersebut bukan sahaja menghinanya dengan perkataan kesat malah turut bertindak merakam situasi berkenaan.

 

Mohamad Azlin turut memaklumkan anggota polis trafik tersebut telah ditukarkan dengan serta merta sehingga siasatan terhadap kes tersebut selesai dijalankan.

 

“Sementara siasatan sedang dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap anggota polis wanita telah dibuat dengan serta merta (tugas pentadbiran) dan tidak lagi berurusan di barisan hadapan dan Saya memberi jaminan bahawa siasatan dalaman akan menyiasat dari segala aspek sebelum membuat keputusan selanjutnya.

 

“Beliau juga menegaskan bahawa semua lapisan pegawai / anggota dan pegawai awam di ibu pejabat polis daerah Subang Jaya Selangor disaran agar mempamerkan keperibadian yang tinggi serta sabar dalam melayan sesiapa juga pelanggan yang datang membuat aduan” katanya lagi. – SuaraTV

3 thoughts on “Polis Wanita Mengamuk Dipanggil Bodoh, Berdepan Tindakan Tatatertib

  • March 16, 2016 at 9:31 pm
    Permalink

    Warga Negara Malaysia wajib berkomunikasi dlm Bahasa Malaysia dgan mana2 pegawai kerajaan di Malaysia..
    kerana Bahasa Kebangasaan rakyat Malaysia ialah Bahasa Malaysia..
    Ambik tindakan kepada yg tidak mengikut arahan

    Reply
  • March 17, 2016 at 11:38 pm
    Permalink

    communicate in bahasa is not a compulsory. what is more important is , the behaviour is not acceptable at all .

    don’t divert attention like what you did … too much drama too much jxbby

    Reply
  • March 19, 2016 at 12:53 am
    Permalink

    why didnt they upload or video the bit whereby the policewomen were instigated or provoked..? Nowadays, its always convenient to record the actions of a provoked person and people simply judging the person being provoked.. What about the act of the person recording and the actual person provoking..? They got away scotch-free is it..? So the purpose of the video is just to see how people suppose to react when being called stupid is it..?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.