Lee Min Ho Ajak Peminat Malaysia ‘Dating’

Peminat Lee Min Ho berpeluang memenangi pas istimewa untuk bertemu bintang terkenal Korea ini secara eksklusif pada 25 Mac ini.

 

Kunjungan pelakon drama Heirs dan City Hunter ini di ibu negara sempena pelancaran restoran francais KyoChon terbesar di Malaysia di pusat membeli belah di Pavilion KL.

 

Min Ho yang juga duta produk rangkaian francais ayam goreng Korea terkenal akan meluangkan masa bertemu dengan peminat bermula jam 6 petang.

 

Sejak dilantik sebagai duta produk rasmi KyoChon pada 2014, ternyata penangan populariti jejaka berusia 28 tahun ini memberi impak sekaligus jualan Kyochon cukup laris terutama menu yang diberi nama “ayam goreng Lee Min-Ho”.

 

KyoChon diperkenalkan di Korea pada 1991 dan mempunyai lebih 1,000 restoran di seluruh dunia termasuk China, Thailand, Filipina, Malaysia, Indonesia, Jepun dan Amerika.

 

Cawangan KyoChon di Pavilion KL adalah rangkaian ketiga jenama itu di Negara ini selepas pusat membeli belah One Utama dan Menara Hap Seng.

 

Meskipun Min Ho sekarang sedang bercuti selepas baru saja selesai menjalani penggambaran filem usaha sama produksi China dan Korea berjudul Bounty Hunter, namun demi bertemu peminat, beliau sanggup terbang ke negara ini sempena perasmian berkenaan.

 

Kepada Minoz (gelaran untuk peminat) Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu idola kesayangan anda ini.

 

Bermula hari ini hingga 20 Mac depan, kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM68 (dalam satu resit mengikut terma dan syarat) di mana-mana cawangan KyoChon, akan mendapat satu borang yang membolehkan anda berpeluang untuk memenangi pas untuk bertemu dengan Lee Min-Ho.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.