Video: Dipukul Seperti Haiwan Kerana Bunyi Hon

Kuching – Seorang lelaki pertengahan usia dipukul dua orang remaja dalam satu kejadian di jalan Bako disini hari ini.

 

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Entusa Imam yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata mangsa merupakan seorang kontraktor dipukul dalam satu kejadian yang berlaku pada pukul 3.00 petang.

 

 

“Pemandu bersama rakannya menaiki satu kenderaan, tiba di jalan Demak apabila sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang remaja tanpa nombor pendaftaraan menunggang dalam keadaan yang merbahaya.

 

“Pemandu kemudiannya membunyikan hon kereta kerana khuatir tindakan remaja tersebut boleh membahayakan penguna jalan raya yang lai” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Entusa suspek kemudianya mengepung kenderaan mangsa sambil menunjukkan isyarat lucah sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

 

Menurut pengadu, remaja tersebut turut disyaki berada di bawah pengaruh alkohol

 

“Pemandu kenderaan tersebut kemudiannya menegur perbuatan remaja itu.

 

“Tidak berpuas hati dengan teguran tersebut, suspek bersama rakannya terus memukul mangsa bertalu-talu dengan mengunakan topi keledar” katanya lagi.

 

Mangsa kemudiannya membuat laporan di balai polis Gita sebelum dihantar ke Horpital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Menurut Entusa tiada sebarang tangkapan yang dibuat setakat ini dan kertas siasatan akan dibuka sejurus selepas pihaknya menerima laporan perubatan dari hospital.

 

Beliau turut mengesa orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil bagi membantu siasatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.