Video: Aksi Sami Berendam Dalam Minyak Panas

Masyarakat di Thailand gempar apabila sebuah video yang dimuat naik ke laman Facebook memaparkan seorang sami duduk bermeditasi di dalam kawah yang berisi minyak dan dibakar dengan api marak dibawahnya.

 

Aksi sami itu kemudiannya menjadi topik perbualan hangat pengguna media sosial di negara tersebut.

 

 

Menurut penganjur campuran herba telah digunakan untuk disapukan di permukaan kuali tersebut bagi mengurangkan haba panas.

 

Walaupun ada yang memuji tindakan sami itu namun ada juga yang menyifatkan ia merupakan satu helah semata-mata.

 

Seorang pakar sains, Jessada Denduangboripant menyifatkan aksi tersebut sebagai satu penipuan.

 

Beliau yang merupakan tenaga pengajar dari Universiti Chulalongkorn itu dilaporkan berkata, tiada sebarang bukti menunjukkan minyak tersebut dalam keadaan panas dan menggelegak.

 

“Satu sahaja cara nak tahu sama ada dia duduk dalam minyak yang betul-betul panas atau tidak adalah dengan menyukat suhu kepanasan minyak ketika itu.

 

“Minyak tidak kelihatan panas dan menggelegak serta kawah itu kelihatan pelik, mungkin terdapat satu lagi lapisan yang mampu menurunkan suhu kepanasan minyak,” katanya.

 

Aksi tersebut di katakan diadakan beberapa tahun lalu, namun kembali diperkatakan apabila ia dimuat naik ke dalam laman media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.