Tony Pua Sifatkan Tindakan Polis Tahan Nurul Izzah Sebagai ‘Anak Haram?

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil ahli parlimen Petaling Jaya Utara – DAP, Tony Pua bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang disifatkan menghina institusi Diraja di negara ini.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter hari ini meminta PDRM memanggil Tony Pua bagi menjelaskan maksud kenyataan yang dilemparkan itu.

 

“@PDRMsia akan panggil YB Ini menjelaskan apa maksud beliau dgn ‘Royal my foot’. Adakah di tujukan kpd Raja2 Melayu” tulisnya melalui akaun twitter sebentar tadi.

 

Terdahulu Ketua Publisiti DAP itu dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang mempertikai tindakan polis berhubung penahanan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

 

“Bastard. Real Bastard. Royal My Foot” tulisnya memetik printscreen yang dimuatnaik oleh Khalid sebentar tadi.

 

Namun tinjauan SuaraTV gagal menjumpai status twitter yang dikaitkan dengan Tony Pua itu.

 

Sebaliknya Tony didapati mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina tindakan polis yang disifatkan sebagai ‘anak haram’.

 

“Bastards. “Nurul Izzah arrested under Sedition Act” tulisnya sebagai reaksi terhadap penahanan tersebut.

 

twitter tony pua

 

Sementara itu Tony Pua ketika dihubungi menafikan perkara tersebut.

 

“Kenyataan tersebut 100 peratus bukan ditujukan kepada Raja-Raja Melayu. Jadi dia (Ketua Polis) tidak perlu risau” uajrnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Terdahulu Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi ketika hadir untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu sbelum ditahan.

 

Beliau ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana hadir.

 

“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitternya sebentar tadi.

 

Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah.

 

 

 

 

One thought on “Tony Pua Sifatkan Tindakan Polis Tahan Nurul Izzah Sebagai ‘Anak Haram?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.