SR1M Dilancar, Bantu Rakyat Dapatkan Akses Telekomunikasi Lebih Murah

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini melancarkan Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) yang merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

 

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, produk itu akan mewujudkan rangkaian kedai milik bumiputera di dalam bidang telekomunikasi sejajar dengan dasar kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi golongan tersebut.

 

“Kadar yang ditawarkan dipercayai mampu menarik minat pengguna telefon bimbit yang mahukan kesenangan dan kebebasan dalam penggunaan tanpa perlu terikat dengan bil serta caj-caj tersembunyi yang sering dirungutkan oleh mereka selama ini.

 

“SR1M merupakan alternatif bagi mereka yang memerlukan telefon bimbit sebagai alat perhubungan utama seperti golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SR1M di sini hari ini.

 

Pek permulaan SR1M dijual pada harga RM5.90 dengan kredit percuma sebanyak RM5 dan 150 megabait untuk akses internet. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.