Saya Okay, Dalam Proses Sembuh – Nazim Othman

Masih merahsiakan apakah sebenarnya penyakit yang dihidapinya, namun pelakon Nazim Otham, 30, memberitahu yang dia selamat selepas menjalani satu pembedahan, baru-baru ini.

 

Menerusi laman sosial Instagramnya, pelakon drama Kau Yang Terindah ini memuat naik status mengkhabarkan yang dia kini dalam proses untuk sembuh serta ucapan terima kasihnya kepada semua pihak termasuklah para peminat yang mendoakan dan memberikan sokongan kepada dirinya selama ini.

 

“Thank you, tapi saya nak orang faham yang saya ok, saya kuat semangat dan Alhamdulillah saya sedang dalam proses sembuh,” katanya yang menjawab salah satu komen peminat.

 

Diharapkan Nazim terus kuat dan jika sudah sihat nanti mungkin Nazim boleh berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya dan juga pengalaman dirinya ketika berada dalam situasi sebelum pembedahan dilakukan.

 

Nazim Othman 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.