Ozlynn Naik Angin Peminat Biadap, ‘Rentap’ Leher Johan

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan (Raja Lawak) iaitu pelakon Ozlynn bengang dengan segelintir peminat yang berpelakuan kurang adab terhadap suaminya. Kejadian tersebut berlaku baru-baru ini.

 

Menerusi laman Instagram miliknya, Ozlynn yang juga merangkap pengurus Johan menulis bahwa dia sedar yang suaminya seorang selebriti popular, malah mengakui setiap kali terserempak dengan peminat, dia terpaksa memberikan ruang untuk Johan melayani peminat-peminatnya.

 

Kata Ozlynn, dia tidak kisah jika ada peminat yang datang menyapa dan meminta dengan cara baik untuk bergambar dengan suaminya itu.

 

Namun apa yang membuatkan dia naik angin apabila ada peminat yang serta merta ‘menyerang’ Johan dan lebih membuatkan mereka suami isteri terkejut, peminat tersebut terus saja merentap leher Johan lalu ajak bergambar.

 

Tp mmg xleh dating… Sb ramai join dating sama ngan aku laki bini… Nk romen jek.. Baharom… Senah.. Tipah.. Samat.. Mikail.. Farah.. Dtg… Haaa…dorg ni sape.. Dtg watpe… Oooo… Peminat shuben aku… Lupa kdg shuben aku artis… Kena share dgn depa sume… Kdg ada yg takot2 nk tego.. Relax kami x makan org… Kdg ada yg over excited setgh jam gak nk tunggu dorg kuarkan camera… Tp ok lagi still menghormati.. Aku suke dorg ni..kdg siap ckp sory byk kali…

 

Kepada para peminat, ini pesanan Ozlynn,

 

Tp dlm seratos tu ada gak terselit yg kurang adabnya… Contoh org tgh makan ko trus rentap leher ajak bergambar yg mane kita pon x perasan dr nk senyum trus berubah rupa… Jgn la buat lagu tuh… Kami manusia biasa juga.. Ada hati n perasaantp harini sume yg dtg kacau ktorg dating sgt2 sempoi n menghormati… Wa salute korg!!!! – tulis Ozlynn di Instagramnya @Jozlynnhanania

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.