Nurul Izzah Ditahan Dibawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi di bawah Akta Hasutan 1948.

 

Terdahulu ahli Parlimen Lembah Pantai itu dikatakan hadir pada 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu sbelum ditahan.

 

“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitternya sebentar tadi.

 

Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah.

 

Menurut sumber SuaraTV para penyokong kepada anak perempuan Ketua Pembangkang itu dikatakan sedang berkumpul di hadapan balai polis Dang Wangi sementara menunggu keputusan dari PDRM.

 

nurul izzah ditahan

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

3 thoughts on “Nurul Izzah Ditahan Dibawah Akta Hasutan

  • March 16, 2015 at 9:02 pm
    Permalink

    Justice and righteousness have be to held in this country. Why the righteousness has to suffer. I know I have to bless. But I want justice cause we serving a judge of the earth. Lord you have to be Real.. Not suc thing as perserveverse provide fruits… You just have to be real and it matters

    Reply
  • March 17, 2015 at 2:53 am
    Permalink

    Dont understd at all what youre trying to say

    Reply
  • March 17, 2015 at 2:35 pm
    Permalink

    Jocelyn,
    You are ranting. Calm down, the medicine trolley is coming.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.