Merdeka Center ‘Kena Sekolah’ Dengan Respoden

Kuala Lumpur – Beberapa responden hari ini mengecam tindakan firma kajian Merdeka Center yang dikatakan ‘berat sebelah’ dengan soalan-soalan yang licik dan mengelirukan bertujuan untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

 

Menurut salah seorang responden yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, kebanyakan soalan yang diberikan kepadanya mempunyai maksud tersirat dan bersifat perangkap.

 

“Saya baru sahaja dihubungi oleh salah seorang penyelidik dari Merdeka Center yang bertanyakan beberapa soalan yang pada pendapat saya bertujuan untuk memburuk-burukan kerajaan.

 

“Antara soalan mengelirukan yang ditanyakan kepada saya: apakah pendapatan anda sekarang tidak mencukupi atau adakah pendapatan anda sekarang berlebihan? ” ujar yang enggan mendedahkan identinya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurutnya mana-mana responden yang ditanyakan mengenai soalan tersebut sudah pasti akan memberikan jawapan yang bersifat prejudis.

 

Beliau turut menjelaskan hampir 20 ke 30 soalan yang ditanyakan sebentar tadi cenderung untuk mendapatkan jawapan yang memburuk-burukan kerajaan.

 

“Mereka bertanya adakah orang miskin boleh hidup dengan bantuan kerajaan tanpa melakukan apa-apa atau adakah kehidupan orang miskin sukar?

 

“Apabila saya pertikaikan soalan-soalan tersebut, pegawai penyelidik yang menghubungi saya itu berkata dia hanya membacakan soalan yang telah disediakan” katanya lagi.

 

Beliau turut menolak untuk menjawab soalan firma tersebut yang bertanyakan mengenai tahap penilaian agama Islam kerana merasakan ia bertujuan untuk memperlekehkan hukum hudud.

 

Sementara itu Pengurus Penyelidikan Merdeka Center, Seng Keat ketika dihubungi berkata terkejut dengan isu yang dibangkitkan sambil menafikan dakwaan tersebut.BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.