Lepas Putus Tunang, Nina Iskandar Buka Tudung?

Selain khabar diri putus tunang, dalam masa sama pelakon berasal daripada Brunei, Nina Iskandar menerima kritikan ekoran gambar yang dimuat naik di laman Instagram pengikutnya yang menuduh dia sudah tidak bertudung.

 

Nina mengambil keputusan untuk berhijab pada Mei tahun lalu

 

Bercakap kepada mStar online, pelakon berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa hal berkaitan pertunangan dengan ahli perniagaan Ahmed Haiqal, 31, adalah terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

 

Kata Nina, dia tidak mahu mengulas panjang tentang perkara itu dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

 

“Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini.

 

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya,” ujarnya yang kini erada di Brunei dan akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan menyambung kerjanya, pada bulan hadapan.

 

Mengenai isu buka tudung pula, katanya, perkara itu terlalu sensitif untuk dijelaskan dan dia enggan mengambil peduli tentang kritikan masyarakat di laman sosial.

 

“Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu inimemang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

 

“Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata,” kataya seperti yang dilaporkan portal tersebut. -Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.