Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB – Najib

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan ahli perniagaan, Low Taek Jho tiada sebarang kaitan dalam syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1MDB.

 

“Encik Low Taek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,” kata Najib.

 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju yang meminta Menteri kewangan menyatakan adakah wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan usahawan popular, Low Taek Jho.

 

Mengulas mengenai soalan ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara meminta kerajaan menyatakan sama ada akan membayar pinjaman sebanyak USD 3bilion yang dibuat oleh 1MDB Global Investment Limited (1MDBGIL), Najib mengesahkan perkara itu.

 

“1MDBGIL perlulah menggunakan dana dalaman syarikat termasuk kesemua aset-asetnya terlebih dahulu.

 

“Sekiranya kesemua langkah-langkah tersebut telah diambil dan syarikat masih kekurangan dana untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan, barulah surat sokongan kerajaan menjadi efektif,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.