Itali Larang Pembinaan Masjid – Matteo Renzi

Rom – Kerajaan Itali memutuskan untuk mengemukakan undang-undang ‘antimasjid’ di wilayah Lombardy ke Mahkamah Perlembagaan negara itu.

 

Keputusan itu diumumkan pentadbiran Perdana Menteri Matteo Renzi, kelmarin susulan daripada bantahan awam terhadap peraturan baharu yang didakwa akan menyukarkan orang Islam untuk membina masjid di wilayah utara tersebut.

 

Pada Januari lalu, Majlis Wilayah Lombardy mengesahkan undang-undang yang mengenakan sekatan lebih ketat ke atas pembinaan rumah ibadat melibatkan agama bukan rasmi di wilayah tersebut.

 

Difahamkan, undang-undang baharu itu mewajibkan agama minoriti supaya mengikut piawaian khas dengan mengambil kira ukuran bangunan dan kawasan parkir kenderaan.

 

Beberapa pengkritik berpendapat sekatan tersebut secara tidak langsung menyasarkan lebih sejuta penduduk Muslim di negara itu memandangkan agama Islam tidak diiktiraf secara rasmi di negara Eropah. – Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.