Indah Ruhaila Nafi Berubah Jadi Pengkid

Muncul denga imej yang berbeza, penampilan terbaru penyanyi Indah Ruhaila yang hadir dengan potongan rambut pendek baru-baru ini menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

 

Bagaimanapun pelantun lagu Percayalah ini mengakui perubahan tersebut sebenarnya tidak ada kena mengena dengan perasaan mahu memberontak atau memnunjukkan ketidakpuasan hati yang datang dari dirinya.

 

Saya terfikir untuk menukar imej saya kerana sepanjang 27 tahun, saya belum pernah memotong rambut sependek ini. Lagipun saya hanya memotong rambut pendek saja dan bukan menukar jantina”

 

“Keluarga serta tunang saya juga tidak menghalang niat saya untuk berambut pendek namun ada antara keluarga yang tidak bersetuju dengan keputusan saya ini. Malah ada yang menanyakan sama ada saya hendak menjadi ‘pengkid’ dengan imej sebegini”

 

“Jika saya ‘pengkid’ takkan saya… (sambil menunjukkan cincin). Jadi sebagai seorang artis kita memang tidak boleh hendak puaskan hati semua pihak,” kata Indah kepada Berita Harian baru-baru ini sekaligus menjawab pelbagai reaksi yang timbul setelah dia memilih untuk berambut pendek. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.